Prudential BSN
PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN) muncul naib johan bagi ‘Pusat Hubungan Baru Terbaik’ pada majlis anugerah Pusat Hubungan dan Pengurusan Hubungan Pelanggan ke-13.

Anugerah dihoskan Persatuan Pusat Hubungan dan Pengurusan Hubungan Pelanggan Malaysia (CCAM).

“Kami berbangga terima anugerah ini. Ia bukti usaha kami dalam menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan dan bukti kepada kepentingan pematuhan kepada nilai teras kami, TRUST (amanah, hormat, persefahaman, senyuman dan kerja berpasukan) ,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Azim Mithani.

PruBSN bersaing dengan 55 pengendali pusat hubungan dan perkhidmatan pelanggan lain dalam pelbagai industri termasuk telekomunikasi, perbankan dan insurans, teknlogi maklumat dan syarikat penyumberan luar lain.

Selepas penilaian kedua, PruBSN antara 22 calon disenarai pendek untuk layak bagi pusingan ketiga dan seterusnya menjadi finalis bagi kategori ini dan meraih tempat kedua selepas Shell Services.

Anugerah berkenaan diberikan kepada pusat hubungan yang menunjukkan kecemerlangan dalam proses, pengurusan sumber dan pelaksanaan strategi untuk menangani keperluan pelanggan.

“Anugerah ini pengiktirafan penting memandangkan kami bersemangat terhadap perkhidmatan yang kami sediakan kepada pelanggan yang perlukan khidmat perniagaan kami," katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/prubsn-terima-pengiktirafan-1.120192

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANUGERAH MTA STARNITE 2013 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL